519 pengganas ditahan sehingga Julai: Muhyiddin

Muhyiddin semasa berucap pada Seminar Antarabangsa Mengenai Nilai Keagamaan Dalam Mencegah dan Mengawal Ekstremisme Ganas (PCVE) di Universiti Islam Antarabangsa di sini hari ini. Foto Bernama
Muhyiddin semasa berucap pada Seminar Antarabangsa Mengenai Nilai Keagamaan Dalam Mencegah dan Mengawal Ekstremisme Ganas (PCVE) di Universiti Islam Antarabangsa di sini hari ini. Foto Bernama
A
A
A

GOMBAK - Kerajaan telah menahan seramai 519 individu terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing disyaki terbabit dengan aktiviti keganasan sehingga 31 Julai lepas.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebahagian daripada mereka telah dibawa ke pengadilan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

"Mereka terbabit dalam kegiatan yang kita anggap sebagai kegiatan pengganas yang juga dilihat dalam konteks undang-undang kesalahan dan kesannya ialah bahaya yang boleh timbul kalau tidak diambil tindakan.

"Maka mereka inilah yang kita tahan dan kita gunakan kuat kuasa undang-undang sedia ada sama ada Sosma dan POTA," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Mengenai Nilai Keagamaan Dalam Mencegah dan Mengawal Ekstremisme Ganas (PCVE) di Universiti Islam Antarabangsa di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, tindakan turut dilakukan menerusi pengawasan terhadap media sosial yang dijadikan platform aktiviti keganasan.

"Pihak berkuasa telah menutup 266 akaun terdiri daripada Facebook, Instagram dan Twitter," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung rayuan dibuat oleh rakyat Malaysia yang ditahan di Syria dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan yang mahu pulang semula ke negara ini.

"Setakat ini terdapat satu keluarga yang telah memohon untuk pulang namun kita mesti meneliti perkara itu secara mendalam dari aspek keselamatan kerana mereka ini dijatuhkan hukuman di sana.

Artikel Berkaitan:

"Kita kena meneliti sama ada kes-kes yang terbabit di sana adalah kes yang agak serius yang juga mempunyai kesan kalau sekiranya mereka dibawa pulang ke Malaysia," katanya.