X

Kindly register in order to view this article
!

Apa rasanya kalau di bluetick: Naim Daniel

Naim Daniel
A
A

"APA rasanya kalau di bluetick oleh seseorang," kata pelantun lagu popular Sumpah ketika ditanya tentang single terbaharu yang dijangka keluar pada penghujung September depan.

Menurut pemilik nama penuh Naim Daniel, 21, idea lagu tersebut tercetus apabila dia dan pengurusnya, Adib bersetuju untuk mengeluarkan lagu lebih segar.

"Jadi kami sepakat keluarkan lagu mengenai individu yang selalu di bluetick. Tidak terlalu jelas menyatakan terkena bluetick, tetapi fasal penantian seseorang itu.

"Alhamdulillah proses rakaman berjalan dengan lancar selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.

"Sekarang ini sedang proses untuk mastering lagu itu dan dalam masa terdekat ini akan menjalani rakaman video muzik. Insya-ALLAH akhir September nanti saya lancarkan," katanya.

Naim Daniel
Naim Daniel

Naim ditemui Sinar Harian ketika menjalani penggambaran kempen syarikat telekomunikasi, U Mobile di Starbucks, I-City Mall, Shah Alam, baru-baru ini.

Naim turut memberitahu, single keempatnya turut berkolaboratif dengan salah seorang anggota K-Clique iaitu Tuju.

Mengenai hala tuju dunia lakonan, Naim berkata, mahu memperlahankan karier seni kerana bagi memberi tumpuan kepada dunia muzik.

"Bukan menolak sebarang tawaran lakonan selepas ini, cuma perlahankan sahaja kerana karier sebagai penyanyi sedang berkembang.

"Hal ini kerana, saya nak beri peluang kepada diri saya untuk terokai cabang muzik dengan lebih dalam, selain menyanyi mahu hasilkan lirik lagu.

"Sekarang ini pun saya sedang menyiapkan lirik lagu untuk penyanyi Siti Sarah," ujarnya terharu.

Selain Siti Sarah, penyanyi Zamani, Datuk Nash dan Azharina Azhar.