Lima benda ini boleh selamatkan bumi

INOVASI bioplastik termasuk straw boleh urai.
INOVASI bioplastik termasuk straw boleh urai.
A
A
A

INOVASI bioplastik yang semakin berkembang ketika ini mungkin boleh menjadi penyelesaian lambakan sisa plastik yang membahayakan kehidupan sejagat.

Berikut inovasi yang boleh menggantikan penggunaan plastik hidrokarbon pada masa akan datang:

1. Bioplastik diperbuat daripada gula dan karbon dioksida

Kajian penyelidik Centre of Sustainable Chemical Technologies (CSCT) Universiti of Bath, England berjaya menemukan plastik boleh urai yang diperbuat hasil daripada gabungan gula jenis thymidine dan karbon dioksida.

2. Bekas bioplastik diperbuat daripada beras

Penyelidik Finland pada tahun 2014 juga berjaya menggunakan kanji beras untuk menjadikan polimer yang berkekalan dan boleh urai. Polimer itu kemudiannya digunakan untuk membuat pembungkusan makanan.

3. Pembungkus makanan bioplastik boleh dimakan

Penyelidik di University of Otago, New Zealand berjaya membangunkan pembungkus makanan yang diperbuat daripada jagung dan kerang sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan terhadap minyak dan plastik.

4. Sisa minyak terpakai ditukarkan kepada bioplastik

Artikel Berkaitan:

Kajian lanjutan menunjukkan sisa minyak terpakai boleh digunakan sebagai sumber polihidroksibutirat yang boleh digunakan untuk membuat bioplastik. Ahli kimia The Faculty of Chemical and Food Technology di University of Bratislava, Slovakia berjaya mencipta bioplastik bingkas cermin mata sekali gus memenangi Anugerah Reka Bentuk Kebangsaan 2017.

5. Kulit pisang pun boleh bertukar menjadi bioplastik

Saintis remaja Turki, Elif Bilgin memenangi Anugerah Sains apabila berjaya mencipta konsep membuat bioplastik daripada kulit pisang dan merangka proses kimia untuk menukarkan kulit menjadi bioplastik tahan lama.