China ikrar lawan balik perang tarif AS

 China percaya AS tidak akan memenangi perang perdagangan tersebut.
China percaya AS tidak akan memenangi perang perdagangan tersebut.
A
A
A

BEIJING - China akan melawan balik langkah terbaharu dibuat Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan tarif ke atas produk dari Beijing.

Kenyataan itu dikeluarkan akhbar parti kerajaan, People’s Daily semalam di tengah-tengah perang perdagangan yang semakin meningkat antara dua negara ekonomi terbesar di dunia tersebut.

“China yakin untuk mengikuti laluannya dan melakukan perkara sendiri dengan baik serta tidak akan mengambil langkah tergesa-gesa dalam menentang sebarang provokasi pihak AS.

“Ahli politik AS cuba untuk menghalang perkembangan ekonomi AS dan masih mahu menggunakan taktik untuk memberi tekanan maksimum kepada Beijing. Washington tidak akan memenangi perang perdagangan ini kerana nasib yang akan diterima para petani dan perniagaan mereka,” lapor akhbar itu.

Kelmarin, China menolak sekeras-kerasnya keputusan AS untuk mengenakan tarif tambahan ke atas barangan China bernilai AS$550 bilion (RM2.3 trilion) dan turut memberi amaran kepada Washington terhadap kesan jika ia tidak menghentikan tindakan secara melulu yang salah itu. - Reuters

Artikel Berkaitan: