Ribuan sisa botol ditemui di Sungai Rasau

Keadaan Sungai Rasau yang dipenuhi sisa botol dan berada dalam keadaan kotor.
Keadaan Sungai Rasau yang dipenuhi sisa botol dan berada dalam keadaan kotor.
A
A
A

SHAH ALAM - Ribuan sisa botol ditemui di permukaan Sungai Rasau yang terletak bersebelahan pusat membeli belah Central I-City.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Amran, 42, berkata, sisa botol berkenaan dipercayai mula memenuhi permukaan sungai terbabit sejak dua bulan lalu berikutan dibawa arus sewaktu hujan lebat.

Sisa botol yang dibuang di sungai berkenaan dibimbangi akan menyebabkan banjir.
Sisa botol yang dibuang di sungai berkenaan dibimbangi akan menyebabkan banjir.

Menurutnya, sebelum ini ada pihak yang tampil membersihkan sungai dan membuang botol tersebut namun keadaan itu kembali berulang menyebabkan sistem saliran terganggu.

"Selain menyebabkan pencemaran, bau daripada sisa botol ini juga agak busuk dan menimbulkan rasa kurang senang pengunjung yang datang ke pusat membeli belah di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi penduduk dikenali sebagai Shahri, 53, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat perlu mengambil tindakan segera berhubung perkara itu kerana ia dibimbangi menjadi punca kepada masalah banjir selepas ini.

Ujarnya, sekiranya kawasan itu bukan di bawah seliaan PBT pihak terlibat sewajarnya menggesa pemaju untuk membersihkan sisa botol berkenaan dengan kadar segera.

"Semua sedia maklum keadaan cuaca sejak kebelakangan ini tidak menentu dan jika botol-botol ini dibiarkan, ia akan mengganggu sistem saliran seterusnya menyumbang kepada banjir," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan turut mendapati sisa botol pelbagai jenis itu masih berkumpul di permukaan sungai berserta dengan bau kurang menyenangkan di kawasan itu.

Terdapat juga penempatan rumah kongsi bersebelahan sungai terbabit.
Terdapat juga penempatan rumah kongsi bersebelahan sungai terbabit.

Selain itu, terdapat penempatan rumah kongsi bersebelahan sungai terbabit dipercayai didiami warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan di sekitar kawasan tersebut.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian ketika dihubungi Sinar Harian turut memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan terlebih dahulu tentang isu tersebut sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Perlu siasat dulu," katanya ringkas.