Keluasan kebakaran hutan Kampung Pekajang kekal

Usaha mewujudkan fire break (parit berair) bagi mengelak api merebak.
Usaha mewujudkan fire break (parit berair) bagi mengelak api merebak.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kampung Pekajang, dekat Iskandar Puteri sejak 21 Ogos lalu masih diteruskan.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Kanan Bomba I, Mohd Faizul Selamat berkata, sehingga kini keluasan kebakaran masih sama iaitu 16 hektar.

"Pemadaman yang dijalankan telah berjaya dipadamkan sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan kebakaran. Pemadaman ini dijalankan dengan kekuatan anggota seramai 79 orang yang melibatkan anggota dari sepuluh (10) buah balai di bawah Zon 1 dan sebuah balai di bawah Zon 2.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran hutan di Iskandar Puteri Johor merebak

"Operasi ini juga melibatkan 10 buah jentera termasuk bantuan jentolak dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dan penduduk tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Faizul yang juga komander operasi berkata, tindakan operasi dijalankan pada hari ini adalah dengan meneruskan pembinaan 'fire break' iaitu mewujudkan parit berair bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain di samping pemadaman yang dijalankan di kawasan kebakaran.

"Operasi masih belum ditamatkan sehingga laporan ini dikeluarkan," katanya.

Artikel Berkaitan: