Delegasi pembangkang mahu lawat Kashmir kena usir

Delegasi pembangkang India terpaksa menaiki penerbangan pulang ke New Delhi tidak lama selepas tiba di Srinagar semalam.
Delegasi pembangkang India terpaksa menaiki penerbangan pulang ke New Delhi tidak lama selepas tiba di Srinagar semalam.
A
A
A

SRINAGAR - Delegasi terdiri daripada 12 wakil pembangkang India termasuk bekas pemimpin Parti Kongres, Rahul Gandhi diusir daripada lapangan terbang di Srinagar di Jammu dan Kashmir (J&K) sejurus mereka tiba dari New Delhi semalam.

Tujuan kunjungan mereka ke wilayah bergolak itu untuk bertemu penduduk dan menilai situasi di J&K yang berada di bawah sekatan ketat sejak 4 Ogos lalu.

Delegasi tebabit tidak dibenarkan melangkah keluar dari lapangan terbang tersebut malah wakil pihak media juga dilarang bertemu dengan wakil kumpulan pembangkang itu.

Sehari sebelum ketibaan delegasi pembangkang terbabit, Jabatan Maklumat dan Hubungan Awam menerusi Twitter menggesa pemimpin politik tidak masuk campur proses pemulihan kehidupan normal di wilayah itu selepas India membatalkan status khas Kashmir seperti terkandung dalam Artikel 370.

“Pemimpin politik diminta untuk bekerjasama dan tidak melawat Srinagar kerana mereka boleh menyusahkan orang lain. Mereka juga akan melanggar sekatan yang masih berkuatkuasa di kebanyakan kawasan,” ujarnya.

Difahamkan, kunjungan Gandhi itu dibuat berikutan menerima jemputan Gabenor Satya Pal Malik pada awal bulan lalu untuk melihat sendiri keadaan di J&K selepas beliau menyuarakan kebimbangan tentang laporan keganasan dan kematian di wilayah terbabit.

Bagaimanapun, jemputan itu dibatalkan selepas Malik mendakwa Gandhi cuba mempolitikkan perkara itu.

Sejak minggu lalu, India telah melonggarkan beberapa sekatan termasuk menyambung semula talian telefon dan membuka sekolah, namun ia masih melarang telekomunikasi mudah alih. - Agensi

Artikel Berkaitan: