Lelaki dihempap dahan pokok patah meninggal dunia

Orang ramai yang menyedari kejadian berkenaan menghulurkan bantuan kepada mangsa sementara menanti bantuan dari agensi terlibat.
Orang ramai yang menyedari kejadian berkenaan menghulurkan bantuan kepada mangsa sementara menanti bantuan dari agensi terlibat.
A
A
A

JITRA - Penunggang motosikal yang cedera parah akibat dihempap dahan pokok ketika angin kencang di sini pagi tadi disahkan telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jitra petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa, Abdul Halim Mat Isa, 47 yang juga seorang peniaga pasar malam dilaporkan meninggal dunia di zon merah hospital berkenaan pada jam 4 petang.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik Hospital Jitra untuk urusan bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi tadi, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dari arah Pekan Jitra menghala ke bulatan Jitra telah dihempap dahan pokok akibat kejadian angin kencang di persimpangan lampu isyarat Jitra-Kodiang berdekatan balai polis lama Jitra.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki cedera parah dihempap dahan pokok patah

Mohd Ismail berkata, ketika sampai di tempat kejadian mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dihempap dahan berkenaan dari sebelah kiri jalan.

"Dahan pokok itu dipercayai patah akibat angin kencang yang turut disusuli hujan di kawasan terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: