Kenapa saya perlu letak jawatan?

Datuk Ngeh Koo Ham
Datuk Ngeh Koo Ham
A
A
A

IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak akan tunduk kepada desakan pembangkang supaya beliau meletak jawatan.

Sambil mengulangi pendirian terhadap laporan polis yang dibuat sebelum ini, Koo Ham berkata, perbuatannya membuat laporan polis berhubung maklumat baharu berkaitan tuduhan kes rogol membabitkan exco Perak, Paul Yong Choo Kiong itu perlu dicontohi oleh semua pihak kerana tindakan itu mengikut kehendak undang-undang.

Katanya, dalam Seksyen 202 Kanun Keseksaan menyatakan, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai sesuatu kesalahan diwajibkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kegagalan berbuat demikian boleh dihukum penjara enam bulan atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

"Saya sebagai speaker dan wakil rakyat patut menjadi teladan kepada rakyat untuk mematuhi undang-undang. Saya ada tanggungjawab.

"Ini merupakan bukti baharu yang saya diwajibkan kepada undang-undang untuk membawa perhatian pihak polis," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang supaya meletak jawatan sebagai Speaker DUN Perak dan menumpukan tugas sebagai Penasihat DAP Perak.

Sebelum ini, Koo Ham telah mengemukakan alasan mempertahankan tindakannya membuat laporan polis tersebut selepas dikritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Dalam pada itu, Koo Ham berkata, kenyataan pemimpin UMNO yang mempersoalkan tindakannya membuat laporan polis itu dilihat mempunyai motif tertentu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kenyataan Ismail Sabri dan beberapa pemimpin dan ADUN terhadap laporan polis yang dibuat menunjukkan seolah-olah terdapat sesuatu yang tidak kena.

"Jadi saya tertanya-tanya kenapa pemimpin UMNO seperti Ketua Pembangkang Parlimen dan ADUN UMNO rasa begitu tidak selesa dengan laporan polis yang dibuat.

"Saya nak tanya mereka, adakah UMNO terlibat dalam 'game' untuk menjatuhkan Paul Yong atau kerajaan Pakatan Harapan sehingga mereka khuatir dengan laporan polis yang dibuat itu?," katanya.

Paul Yong pada 23 Ogos lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia bulan lalu.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut meminta kes tersebut dibicarakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Koo Ham bela Paul Yong tak wajar

Koo Ham pertahan tindakan buat laporan polis

Exco Perak mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol