Cedera diserang bekas teman lelaki kekasih

Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas diserang dua lelaki di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Gombak pagi tadi.
Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas diserang dua lelaki di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Gombak pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki parah diserang dengan parang oleh bekas kekasih teman wanitanya di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Gombak dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian jam 1.05 pagi itu, mangsa berusia 20-an bersama teman wanitanya berusia 21 tahun menaiki kereta dalam perjalanan ke Genting Highlands bersama sepupu wanita itu yang menaiki motosikal.

Menurutnya, pada jam 2.30 pagi ketika wanita itu tertidur di dalam kereta, dia dikejutkan sepupunya memberitahu teman lelakinya diserang dengan parang oleh dua lelaki.

"Ketika kejadian mangsa memberhentikan keretanya di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Gombak untuk membuang air kecil dan telah dihampiri oleh suspek yang datang menaiki kereta.

“Wanita itu mengenali seorang suspek yang juga bekas teman lelakinya,” katanya dalam satu kenyataan.

Samsor berkata, selepas menyerang mangsa, suspek melarikan diri sementara mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Mangsa luka di kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri.

“Motif kejadian dipercayai kerana cemburu apabila suspek melihat bekas kekasihnya bersama teman lelaki baru,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Samsor berkata, mangsa kini dalam keadaan stabil dan dirawat di zon kecemasan HKL.

"Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.