Piagam UMNO-Pas lebih menyeluruh

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Piagam antara UMNO dan Pas yang akan ditandatangani kedua-dua parti itu pada 14 September depan akan menyentuh semua isu melibatkan kepentingan nasional.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, piagam itu tidak hanya menumpukan kepada isu Islam dan Melayu semata-mata sebaliknya lebih menyeluruh untuk semua kaum.

“Insya-ALLAH, piagam UMNO-Pas yang akan ditandatangani adalah selari dengan Piagam Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang dibincangkan hari ini bagi isu Melayu Islam.

“Cuma kita boleh memperkemaskan lagi dan mencantikkannya lagi selepas konvensyen hari ini kerana konvensyen ini tidak membincangkan tentang bangsa lain,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai Piagam Ummah yang diserahkan kepadanya mewakili parti politik yang menghadiri pada konvensyen itu.

Tambah Kamaruzaman, kehadiran Pas pada konvensyen itu sebagai pemerhati untuk mendengar isu-isu dibentangkan panel dan yang dibangkitkan peserta.

ARTIKEL BERKAITAN: Piagam UMNO-Pas tidak menyentuh soal pembahagian kerusi

Artikel Berkaitan: