Sinar Harian Kelantan ungguli Anugerah Rencana Akhbar Terbaik

Sinar Harian Kelantan ungguli Anugerah Rencana Akhbar Terbaik dalam Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan 2017.
Sinar Harian Kelantan ungguli Anugerah Rencana Akhbar Terbaik dalam Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan 2017.
A
A
A

KOTA BAHARU - Sinar Harian Kelantan menggungguli Anugerah Rencana Akhbar Terbaik pada Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) 2017, di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Kelantan, di sini, malam ini.

Rencana bertajuk Jus Kecubung Bercampur Dadah hasil tulisan bersama

Rosalwani Che Soh, Azlida Alimin, Rohana Ismail, Adila Sharinni Wahid, Hazelen Liana Kamaruddin dan Zaimatuljuwita Abdul Manaf mendapat tempat pertama.

Manakala tempat kedua juga menjadi milik Sinar Harian melalui wartawannya Rohana Ismail dengan rencana bertajuk Kampung Tak Berasap.

Rohana juga memenangi tempat ketiga bagi Anugerah Pilihan c2joy selaku penaja utama.

Anugerah kali ini melibatkan 110 penyertaan media dalam pelbagai kategori termasuk Berita Akhbar Terbaik, Rencana Akhbar Terbaik, Berita Televisyen Terbaik, Rencana Televisyen Terbaik, Foto Akhbar Terbaik, Visual Televisyen Terbaik dan Berita Media Sosial Terbaik.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Ibrahim bersama Tengku Puan Laksamana Datuk Seri Diraja Sharifah Azwan Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Hadir sama Presiden Kelab Wartawan Kelantan Darul Naim (Kemudi), Azran Fitri Rahim; Ketua Pengarah Eksekutif Tunas Duta Cemerlang Sdn Bhd, Hafizuddin Hiew; dan Ketua Pegawai Operasi Tunas Duta Cemerlang Sdn Bhd, Al- Arabi Mohamed.

Artikel Berkaitan:

MAKK juga telah memberikan Anugerah Sepanjang Hayat kepada Zainum Noh dari RTM sebagai menghargai jasa beliau dalam dunia penyiaran selama ini.

Penghargaan juga diberikan kepada bekas Presiden Kemudi sebelum ini, Mohd Zailani Abdul Rahman.

Anugerah kewartawanan 2017 dimenangi Mohd Zulkifli Zainuddin dari NST dengan tajuk berita Kelantan Lubuk Pil Kuda.