Pengedar dadah ditahan bersama 5kg syabu

Mohd Rosdi (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan Jumaat lalu.
Mohd Rosdi (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan Jumaat lalu.
A
A
A

SERDANG - Polis merampas dadah jenis syabu bernilai RM225,000 selepas menahan dua lelaki dalam di Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd Rosdi Daud berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik dibantu JSJ Daerah Serdang menemui dadah disyaki syabu dalam beg sandang selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan pertama kira-kira jam 10 malam,

"Dadah dalam lima bungkusan plastik hijau dan berat keseluruhan barang terlarang itu dianggarkan 5.18kg dan dalam tempoh 30 minit kemudian, polis menahan seorang lagi lelaki yang juga rakan suspek pertama di kawasan sama.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek dan kenderaan yang dipandunya, polis tidak menemui sebarang benda salah namun ditahan bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini.

Kereta suspek disita polis untuk siasatan lanjut.
Kereta suspek disita polis untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, hasil soal siasat serta maklumat risikan polis mendapati bekalan dadah itu diperoleh dari kawasan sempadan Malaysia -Thailand dan untuk dipasarkan di kawasan Lembah Klang.

"Suspek dikesan aktif melakukan kegiatan ini sejak tiga bulan lalu dan polis masih giat mengesan rakan suspek dipercayai masih bebas.

"Hasil semakan kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing mendapati positif dadah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Rosdi berkata, suspek berusia 28 dan 29 tahun direman tujuh hari bermula semalam dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.