Emery tidak panik

Emery yakin pemainnya akan bangkit disebalik kekalahan kepada Liverpool, semalam.
Emery yakin pemainnya akan bangkit disebalik kekalahan kepada Liverpool, semalam.
A
A
A

KEKALAHAN 1-3 kepada Liverpool pagi tadi tidak merencatkan rentak Arsenal untuk terus memberikan cabaran dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pengendalinya, Unai Emery berkata, dia tetap optimis selain menegaskan pemainnya sudah memberikan yang terbaik ketika menentang juara Eropah itu.

"Dalam separuh masa pertama, kami menampilkan kerjasama baik. Kami melakukan transisi baik dan mempunyai beberapa peluang. Tetapi penalti yang diberikan kepada Liverpool pada separuh masa kedua menjadi penentu dalam perlawanan ini.

"Selepas ketinggalan dua gol, kami menunjukkan reaksi yang baik. Kami menyerang dan mula memberikan masalah kepada Liverpool.

"Memang kami kecewa dengan kekalahan ini, tetapi melihat kepada kesungguhan pemain saya cukup optimis. Bagi saya, tanpa melihat kepada keputusan kalah ini, saya realistik kami mampu bersaing dengan mereka," katanya.

Emery turut memuji persembahan yang dipamerkan Nicolas Pepe dan pemain muda berusia 20 tahun Joe Willock yang menampilkan persembahan memukau di bahagian jentera tengah pasukan.

"Dalam separuh masa pertama, kami mempunyai peluang cukup baik menerusi Pepe. Malah, impak pemain lain juga seperti Lucas Torreira, Alexandre Lacazette dan Henrikh Mkhitaryan sangat bagus.

"Saya positif kerana saya yakin pemain akan dapat bangkit selepas ini dan begitulah cara kami bekerja," katanya.

Artikel Berkaitan: