'Gagal sempurnakan penalti perkara biasa'

Rashford gagal menyempurnakan penalti dalam perlawanan yang menyaksikan United tewas kepada Crystal Palace 1-2.
Rashford gagal menyempurnakan penalti dalam perlawanan yang menyaksikan United tewas kepada Crystal Palace 1-2.
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak mahu menyalahkan penyerangnya Marcus Rashford selepas pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam kekalahan 1-2 pasukan itu kepada Crystal Palace di Old Trafford semalam.

Menurutnya, kegagalan tersebut adalah perkara biasa dalam bola sepak dengan turut memberikan contoh dirinya yang beberapa kali gagal menyempurnakan penalti.

"Saya memandang positif kegagalan ini. Dua perlawanan dan dua kegagalan penalti. Ia menjadi pemangkin untuk kami jadi lebih baik selepas ini. Ia (gagal menyempurnakan penalti) juga pernah berlaku kepada saya. Ia sesuatu yang akan berlaku dalam bola sepak.

"Yang penting adalah kami berjaya menempatkan diri dalam situasi yang membolehkan kami mendapat penalti. Saya yakin selepas ini kami akan berjaya menjaringkan gol melalui penalti. Tiada apa yang perlu dirisaukan," katanya.

Ia kegagalan kedua untuk The Red Devils menjaringkan sepakan penalti musim ini selepas turut mengalami nasib sama ketika menentang Wolves baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kekalahan tersebut, Solskjaer mengakui pasukannya kurang tajam di hadapan gol selain bolos dengan gol yang cukup mudah.

"Mereka menjaringkan dua gol dan kami hanya berjaya menjaringkan satu gol. Kami cuma tidak klinikal di hadapan gol. Kami mula dapat rentak pada separuh masa kedua cuma gagal dapat gol.

"Lima minit terakhir juga amat perit buat kami. Kami bertahan dengan teruk dan kesilapan David de Gea memberikan padah buat kami," katanya.

Artikel Berkaitan: