X

Kindly register in order to view this article
!

Pesawat terhempas di Amazon ragut empat nyawa

Pesawat dilaporkan terhempas Jumaat lalu berhampiran sempadan Morona Santiago dan Zamora Chinchipe di bahagian tenggara Ecuador.
A
A

QUITO - Empat orang dilaporkan maut apabila sebuah pesawat Cessna 182 terhempas di kawasan Amazon di Ecuador, kata pihak berkuasa semalam.

Menurut pihak berkuasa penerbangan awam, ketika kejadian pesawat berkenaan membawa seorang juruterbang dan tiga penumpang.

Punca nahas masih belum dikenal pasti namun siasatan sudah dilancarkan.

Pesawat terbabit dilaporkan terhempas kelmarin berhampiran sempadan Morona Santiago dan Zamora Chinchipe di bahagian tenggara Ecuador.

Anggota tentera dan pasukan penyelamat berjaya menemukan mayat susulan operasi mencari yang dilakukan semalam. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf