Contohi Melaka promosi produk pelancongan

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan bergambar dengan artis kebudayaan teater di Encore Melaka, tadi.
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan bergambar dengan artis kebudayaan teater di Encore Melaka, tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyifatkan persembahan kebudayaan dan kesenian di lokasi pelancongan baharu Melaka, Encore Melaka bertaraf antarabangsa.

Tintah baginda, persembahan pentas berputar 360 darjah itu setaraf teknologi luar negara seperti China dan Thailand yang perlu dibanggakan.

Menurut baginda, Melaka perlu dicontohi negeri lain, kerana sentiasa mempromosikan serta mewujudkan lokasi pelancongan baharu dan berkualiti seperti persembahan budaya berkenaan.

"Tahniah kerajaan negeri Melaka kerana sentiasa mempunyai inisiatif untuk mempromosikan produk-produk terbaharu bagi menarik kedatangan pelancong.

"Sebagai rakyat Malaysia kita perlu sokong (lokasi pelancongan) seperti ini dan harap usaha yang dilakukan dapat diteruskan," katanya.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menonton persembahan kebudayaan di Dewan Teater Encore Melaka, di sini, tadi.

Turut berkenan berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Artikel Berkaitan: