Kayuh basikal lima hari demi semangat patriotik

Shahifuddin (kiri) melepaskan peserta Ekspedisi Kayuhan Merdeka Timur-Utara di pekarangan Masjid Mukim Wakaf Raja semalam.
Shahifuddin (kiri) melepaskan peserta Ekspedisi Kayuhan Merdeka Timur-Utara di pekarangan Masjid Mukim Wakaf Raja semalam.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seramai 19 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam memulakan Ekspedisi Kayuhan Merdeka Timur-Utara sejauh 400 kilometer bermula semalam.

Pengarah program, Ahmad Fatah Ahmad Suhaimi berkata, kayuhan selama lima hari itu melibatkan laluan Pasir Puteh-Jeli, Gerik-Pengkalan Hulu dan berakhir di Perlis dengan peserta-peserta kayuhan akan menyambut kemerdekaan di negeri berkenaan.

"Program anjuran Kelab Rekreasi UiTM Shah Alam ini merupakan usaha kita membangkitkan semangat patriotik.

"Terima kasih kepada pihak polis, Masjid Mukim Wakaf Raja dan beberapa penaja yang membantu kami merealisasikan ekspedisi ini," katanya.

Shahifuddin (tengah) menerima cenderahati daripada peserta Ekpedisi Kayuhan Merdeka Timur-Utara semalam.
Shahifuddin (tengah) menerima cenderahati daripada peserta Ekpedisi Kayuhan Merdeka Timur-Utara semalam.

Kayuhan itu bermula di Masjid Mukim Wajaf Raja di sini dan pelepasan disempurnakan imamnya, Shahifuddin Abdullah.

Shahifuddin ketika ditemui berkata, pihaknya menyediakan penginapan percuma di pekarangan masjid kepada peserta.

Katanya, sokongan moral itu perlu agar golongan muda kekal dengan semangat cintakan negara.

Artikel Berkaitan:

"Ini juga sebagai menarik minat orang ramai khususnya golongan muda mendekati masjid," katanya.