Formasi 'MERDEKA 62' zahir cinta negara

Formasi MERDEKA 62 yang dilakukan 140 murid SK Sokor semalam.
Formasi MERDEKA 62 yang dilakukan 140 murid SK Sokor semalam.
A
A
A

TANAH MERAH - Pelbagai cara dilakukan untuk memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan sebagai menzahirkan rasa kecintaan kepada negara.

Tidak kecuali, Sekolah Kebangsaan (SK) Sokor yang membuat kelainan menerusi formasi berbentuk 'MERDEKA 62' semalam.

Guru Besar SK Sokor, Mohd Alias Yusoff berkata, seramai 140 murid tahun satu dan enam menghasilkan formasi tersebut yang melambangkan kemerdekaan negara yang ke-62 tahun ini.

Mohd Alias menandatangani Jalur Gemilang yang dilepaskan di udara dan mengharapkan jika ada yang terjumpa boleh menuntut hadiah misteri di SK Sokor.
Mohd Alias menandatangani Jalur Gemilang yang dilepaskan di udara dan mengharapkan jika ada yang terjumpa boleh menuntut hadiah misteri di SK Sokor.

Menurutnya, selain itu, sambutan turut dimeriahkan dengan acara melepaskan belon gas yang diikat Jalur Gemilang ke udara.

"Apa yang menariknya, saya juga tawarkan hadiah misteri kepada sesiapa yang terjumpa bendera Jalur Gemilang yang dilepaskan ke udara yang tertulis SK Sokor.

"Kepada mereka yang terjumpa bendera berkenaan yang ditandatangani oleh saya sendiri boleh menuntut hadiah itu di sekolah," katanya.

Beliau berkata, acara julung kali itu diadakan bagi memupuk semangat cintakan negara kepada golongan muda seawal usia lagi.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia bagi menanam sikap sayangkan negara dan menghormati bendera Malaysia.