Akta baharu lindungi Jalur Gemilang wajar diwujudkan

Jalur Gemilang. Gambar kecil: Nik Ahmad Kamal
Jalur Gemilang. Gambar kecil: Nik Ahmad Kamal
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan mewujudkan akta baharu khusus untuk melindungi Jalur Gemilang amat wajar dipertimbangkan kerana ia dilihat lebih berkesan untuk menangani isu yang timbul berkaitan bendera.

Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kaedah memberi nasihat dan amaran sahaja tidak berkesan kerana pihak yang menyalahgunakan Jalur Gemilang tidak akan peduli dengan cara berlembut itu.

Beliau berkata, walaupun proses membangunkan undang-undang baharu atau meminda akta sedia ada akan mengambil masa tetapi ia dilihat sebagai penyelesaian terbaik.

“Saya berpendapat kita perlu undang-undang khas untuk bendera kerana ia lambang sesebuah negara.

“Dalam konteks Malaysia, bendera ialah sebahagian daripada institusi diraja negara ini. Setiap corak dan warna dalam Jalur Gemilang mempunyai kaitan dengan negara kita dan negeri-negeri dalam Malaysia serta Raja-

Raja Melayu dan rakyat amnya. Jadi ia perlu dimuliakan dan tidak boleh disalahguna waima untuk tujuan protes,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Artikel Berkaitan: