Ippo Hafiz sah bergelar suami

Penyanyi, Ippo Hafiz
Penyanyi, Ippo Hafiz
A
A
A

PENYANYI popular menerusi lagu Kekal Bahagia, Ippo Hafiz selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz bersama wanita pilihan, Fara Roslan, sekitar jam 9.22 malam tadi.

Pasangan itu selamat disatukan dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di sebuah vila yang terletak di Jalan Damai, Ampang.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan adalah ahli keluarga kedua belah pihak dan rakan kenalan serta pihak media.

Majlis berakah itu menyaksikan Muhammad Hafiz Yaziz atau lebih dikenali Ippo, 30, menyerahkan wang hantaran RM20,000 dan mas kahwin sejumlah RM80 kepada pengantin perempuan.

Sementara itu hantaran pula tujuh berbalas sembilan.

Ippo yang sebelum ini ketika dihubungi memberitahu mengenai resepsi majlis, akan mengadakan tiga majlis bagi meraikan hari bahagia mereka.

“Selain esok 25 Ogos untuk resepsi perempuan, pada 31 Ogos pula merupakan resepsi pihak lelaki manakala pada akhir tahun nanti saya akan adakan juga satu lagi resepsi bagi meraikan kenangan bersama rakan-rakan artis,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: