Shuttle Pink hanya untuk wanita

Mahjabin (dua dari kiri) menghadiri kelas memandu.
A
A

KABUL - Senyuman, sorakan dan terkejut. Begitu reaksi yang dipamerkan orang awam di ibu negara Afghanistan apabila melihat seorang wanita memandu.

Bagi Mahjabin, 24, salah satu sebab mendorongnya menjadi pemandu wanita adalah anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

“Saya memikirkan masa depan dia. Saya juga berharap semua wanita akan memandu sendiri apabila mereka dewasa kelak,” katanya.

Afghanistan tidak melarang wanita di negara itu untuk memandu dan situasi tersebut jarang dapat dilihat.
Afghanistan tidak melarang wanita di negara itu untuk memandu dan situasi tersebut jarang dapat dilihat.

Mahjabin adalah antara empat wanita yang terpilih daripada 100 calon yang memohon untuk menjadi pemandu ‘Shuttle Pink’, perkhidmatan pertama dan satu-satunya di negara itu dikendalikan pemandu wanita untuk penumpang wanita.

“Apabila melihat kami, mereka akan tersenyum, tepuk tangan dan ada juga membunyikan hon sebagai tanda sokongan,” kata Mahjabin lagi.

Sementara itu bekas wartawan, Parisah, 36, berpendapat dia cukup bertuah kerana suaminya memberi galakan untuk dia memohon pekerjaan tersebut yang secara tidak langsung membolehkannya menumpangkan wanita lain apabila diperlukan

“Sesetengah lelaki berpendapat wanita tidak sepatutnya dibenarkan memandu dan perlu duduk di rumah. Tetapi kami tidak berfikiran begitu,” katanya.

Parisah (tengah) dan Mahjabin belajar cara mengisi minyak kenderaan.
Parisah (tengah) dan Mahjabin belajar cara mengisi minyak kenderaan.

Keempat-empat pemandu wanita yang terpilih memandu Shuttle Pink ini juga berazam mahu memecahkan tradisi wanita tidak boleh memandu dan mahu membuktikan mereka boleh berjaya seperti lelaki.

Difahamkan, pemandu yang terpilih perlu menjalani latihan tambahan selama dua minggu sebelum layak diiktiraf sebagai pemandu shuttle.

Undang-undang Afghanistan tidak melarang wanita memandu, namun pemandu wanita jarang dilihat di negara itu termasuk di Kabul.

Menurut laporan NGO, sebanyak 1,189 wanita menerima lesen memandu di Kabul antara tahun 2012 dan 2016. - Al Jazeera


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia