Peserta AS menang Kejohanan Gitar Angin Dunia

Aksi Rob Messel pada Kejohanan Gitar Angin Dunia di Finland.
A
A

OULU - Seorang lelaki Amerika Syarikat dinobatkan sebagai juara Kejohanan Gitar Angin Dunia yang berlangsung di Oulu, Finland semalam.

Rob Messel mengalahkan 19 peserta lain termasuk juara dua kali kejohanan dari Jepun, Namami Nagura.

Kemenangan berpihak kepada Messel selepas persembahannya berjaya memukau barisan panel hakim.

"Saya memainkan pelbagai instrumen yang berbeza selama bertahun-tahun tetapi kemahiran bermain gitar saya amat terhad.

"Namun dengan gitar angin ia berbeza. Anda bebas melakukan apa sahaja bergantung kepada imaginasi," kata Messel.

Kejohanan Gitar Angin Dunia di Oulu telah memasuki tahun ke-24.

Setiap peserta perlu melakukan gimik bermain gitar sambil diiringi muzik rock, blues atau heavy metal. - AFP


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia