KRT masih relevan sebagai ejen perpaduan

Dr Md Farid (tengah, berkaca mata) mengetuai peserta Program Jom Jumpa RT Unity Fun Ride 2019 di Sena Rendang.
Dr Md Farid (tengah, berkaca mata) mengetuai peserta Program Jom Jumpa RT Unity Fun Ride 2019 di Sena Rendang.
A
A
A

MARANG - Peranan institusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai ejen perpaduan masyarakat masih relevan dan penting serta merupakan sebuah badan yang paling rapat dengan komuniti setempat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Md Farid Md Rafik berkata, tidak dapat dinafikan KRT juga menjadi platform serta suara untuk komuniti setempat menyalurkan permasalahan semasa.

"Banyak aktiviti berlandaskan interaksi masyarakat pelbagai kaum dijalankan KRT dan ini memberi ruang untuk mereka berkumpul, berinteraksi, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan.

"Oleh itu, peranan KRT sebagai ejen perpaduan amat penting dalam dunia tanpa sempadan hari ini yang masyarakatnya terdedah dengan penyebaran pelbagai khabar angin melalui laman sosial," katanya.

Ahli Parlimen Tanjung Piai ditemui pemberita selepas merasmikan Dewan Komuniti KRT Taman Datuk Ibrahim, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Perpaduan Terengganu, Burhanuddin Daud dan Senator Datuk Razali Idris.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM16 juta kepada lebih 6,000 KRT seluruh negara akhir bulan ini bagi menjalankan aktiviti di kawasan masing-masing.

"Kami telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi fasa satu pada awal tahun ini dan diteruskan pada fasa kedua bermula akhir bulan ini. Agihan akan dibuat mengikut tiga kategori iaitu KRT paling aktif, aktif dan sederhana aktif yang setiap kategori akan menerima jumlah peruntukan berbeza," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut memaklumkan terdapat kira-kira 8,200 KRT di seluruh negara dan 20 peratus daripadanya didapati tidak aktif.