114 anggota polis di Terengganu jalani ujian saringan air kencing

Roslan Tahir
Roslan Tahir
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 114 pegawai dan anggota polis di seluruh negeri ini sudah menjalani ujian saringan air kencing bagi mengesan mereka terlibat dengan aktiviti dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Tahir berkata, ujian saringan awal tersebut dibuat bersempena Op Blue Devil yang dijalankan serentak di seluruh negara sejak 13 Ogos lalu.

"Bagaimanapun keputusan yang diperoleh mendapati kesemua mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah.

"Operasi ini akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi pegawai dan anggota polis terbabit dengan penyalahgunaan dadah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pelancaran Op Blue Devil adalah untuk mengesan dan membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador melahirkan kebimbangan mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah di negara ini dan menjelaskan jumlah kes telah meningkat dua kali ganda selain turut membabitkan anggota polis.

Artikel Berkaitan: