Kastam rampas pelbagai barangan seludup RM20.6 juta

No Image Caption
A
A
A

BATU PAHAT - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya merampas pelbagai barangan bernilai kira-kira RM20.6 juta yang cuba diseludup masuk dan keluar dari negeri ini, sejak awal tahun ini hingga bulan lepas.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Azimah Abd Hamid berkata, jumlah berkenaan membabitkan 427 kes yang disenaraikan dalam Perintah Larangan Import dan Eksport 2017, dengan nilaian cukai sebanyak RM27.9 juta.

Beliau berkata, barangan utama yang dirampas dalam tempoh tujuh bulan tersebut adalah rokok dengan kira-kira 30 juta batang membabitkan nilai rampasan sebanyak RM3.09 juta dan nilai cukai sebanyak RM20.98 juta melalui 140 kes.

"Selain rokok, turut dirampas adalah minuman keras yang membabitkan 122,683 liter dengan nilai rampasan sebanyak RM897,055.40 manakala jumlah cukai sebanyak RM3.89 juta, menerusi 98 kes,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Program Khidmat Bakti Masyarakat dan Kempen Mencegah Penyeludupan 2019 JKDM Johor di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Lapis, di sini hari ini.

Azimah berkata, turut dirampas adalah kenderaan skrap yang dibawa masuk secara haram, membabitkan 60 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM1.62 juta dan nilaian

Beliau berkata, JKDM bimbang dengan aktiviti membawa masuk kenderaan skrap di negeri ini kerana ia menunjukkan peningkatan sehingga 15 peratus berbanding tempoh sama, tahun lepas.

Menurutnya, JKDM juga bimbang dengan kegiatan membawa atau menyeludup keluar mata wang di negeri ini dengan rampasan antara yang terbesar dalam negara dengan nilaian melebihi RM6 juta.

Mengenai program khidmat bakti yang dianjurkan hari ini, beliau berkata ia bertujuan menjalin hubungan baik dan kerjasama antara pihak JKDM dengan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Melalui kawasan yang dipilih dalam program secara tahunan ini adalah untuk mendidik, memupuk kesedaran awam akibat dan kesan penyeludupan terhadap sosial, ekonomi dan keselamatan negara.

“Program ini juga bertujuan untuk mengubah pandangan dan persepsi umum terhadap JKDM yang sememangnya serius dan konsisten dalam usaha membasmi penyeludupan dan kebocoran hasil negara,” katanya. - Bernama