Suspek cedera ditembak polis miliki rekod dadah, samun

Suspek cedera ditembak dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur malam tadi.
Suspek cedera ditembak dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang cedera ditembak polis dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Genting Klang di sini, mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semakan mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah bersabit kes dadah dan samun.

"Malah semakan turut mendapati suspek mempunyai rekod dikehendaki untuk kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas penangkapan suspek, Mazlan berkata, polis memeriksa kenderaan jenis Proton Iswara dinaiki suspek dan dua rakannya kira-kira 8.30 malam tadi.

Bagaimanapun semasa pemeriksaan, penumpang hadapan melepaskan satu das tembakan ke arah anggota polis sebelum kesemua mereka melarikan diri ke jalan utama.

Suspek cedera ditembak dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur, malam tadi.
Suspek cedera ditembak dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur, malam tadi.

“Berlaku kejadian berbalas tembakan menyebabkan suspek mengalami kecederaan di bahagian kaki dan badan,” katanya.

Beliau berkata, polis merampas pistol jenis semi-auto HK USP 9mm bersama 35 butir peluru jenis 9mm yang digunakan suspek.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dua rakan suspek bagaimanapun berjaya melarikan dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Suspek yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat)," katanya.