RM400,000 baik pulih kemudahan di Kuantan

Saifuddin mengadakan perbincangan bersama Pengurusan Majlis Perbandaran Kuantan di Bangunan MPK (2) di sini.
Saifuddin mengadakan perbincangan bersama Pengurusan Majlis Perbandaran Kuantan di Bangunan MPK (2) di sini.
A
A
A

KUANTAN - Peruntukan RM400,000 telah diluluskan untuk membaik pulih sistem eskalator di Terminal Sentral Kuantan dan menaik taraf kemudahan awam di Taman Bandar.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, usaha itu diharap dapat menyelesaikan isu-isu setempat di samping merancakkan taraf ekonomi penduduk.

Saifuddin berkata, pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan terus bekerja bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan kemudahan awam secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil ke arah kemakmuran bersama.

"Kerajaan Pusat juga meluluskan peruntukan jutaan ringgit bagi menambah baik prasarana dalam kawasan Indera Mahkota," katanya.

Artikel Berkaitan: