Kedai Eco-Shop hangus dalam kebakaran

Bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran di dalam kedai sebuah serbaneka Eco Shop RM2 di Kubang Kerian Kota Bharu yang terbakar pagi tadi.
A
A

KOTA BHARU - Sebuah kedai serbaneka Eco-Shop di Kubang Kerian di sini hangus dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi tadi.

Kejadian disedari orang awam yang kemudian menghubungi pihak bomba pada jam 12.50 pagi.

Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Zaidi Yahya@Hamzah berkata, orang awam yang terhidu dan melihat kepulan asap hitam keluar dari bumbung kedai tersebut bertindak menghubungi pihak bomba.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan tersebut pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan tiba selang dua minit kemudian di lokasi terbabit bersama-sama jentera untuk memadam kebakaran.

Pihak bomba yang tiba bersama jentera bagi memadam kebakaran sejurus menerima panggilan kecemasan.
Pihak bomba yang tiba bersama jentera bagi memadam kebakaran sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Tiba di lokasi kebakaran, pihak bomba terpaksa memecahkan pintu masuk kedai yang berkunci bagi memadamkan api di dalam bangunan kedai berkenaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran membabitkan 16 anggota bomba, lima anggota bantuan, dua pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh.

“Operasi memadam kebakaran dapat dikawal pada jam 1.07 pagi dan kebakaran 50 peratus melibatkan barangan jualan kedai di bahagian pakaian dan barangan dapur.

“Pemeriksaan mendapati kejadian tidak melibatkan nyawa dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia