Bantah tulisan jawi: Dua lelaki dibebaskan

Mazlan Lazim
Mazlan Lazim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang ditahan dalam perhimpunan bantahan tulisan jawi di Little India, Brickfields di sini semalam telah dibebaskan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

"Kedua-dua mereka telah diberi jamin pada jam 1 petang tadi setelah semua tindakan siasatan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dipenuhi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, penahanan dua lelaki dipercayai penganjur himpunan itu dibuat selepas ia tamat pada jam 7.30 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, perhimpunan ini berlangsung tanpa mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Dua lelaki itu ditahan untuk direkod percakapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan di Brickfields, polis tahan dua lelaki

Artikel Berkaitan: