X

Kindly register in order to view this article
!

Siti Fatimah tinggalkan anak kepada majikan dicari

Keluarga kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ini dicari.
A
A

KAJANG - Sepasang suami isteri sedang mengesan ibu dan bapa kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang menghilangkan diri sejak 2010.

Mohd Darul Ridzuan Abdul Majid dan Nor Juliana Hassan dari Bandar Tun Hussein Onn, Cheras mendakwa, kanak-kanak tersebut ialah anak kepada seorang pekerja mereka bernama Siti Fatimah.

Menurut Mohd Darul Ridzuan, 35, kanak-kanak itu dilahirkan wanita itu di Hospital Ampang pada 10 Julai 2010 sebelum wanita itu pulang ke kampungnya di Sabah dan berjanji untuk kembali semula.

"Bagaimanapun sampai sekarang dia itu tidak pulang dan gagal ditemui sedangkan tiada dokumen pendaftaran dan kelahiran bayi tersebut diserahkan kepada kami.

Menurutnya, sejak anak tersebut diserahkan, mereka menjaga, diberikan nama dan turut mendapat suntikan vaksin yang diperlukan selain menghantarnya ke sekolah swasta.

"Anak tersebut bersekolah di sekolah swasta susulan ketiadaan sijil kelahiran. Usaha untuk mendapatkan maklumat anak di Hospital Ampang gagal kerana saya bukan bapa kandung.

"Selepas merujuk perkara itu ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), beliau disuruh mengisi borang dan dikemukakan ke hospital namun rekod mengenai kanak-kanak itu tidak ditemui," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!