Kelab Saing PadukaRatu buat kerja amal

Shazlina dikenali dengan gelaran Paduka Ratu merupakan ikon busana Melayu berhasrat menubuhkan Yayasan Paduka Ratu.
Shazlina dikenali dengan gelaran Paduka Ratu merupakan ikon busana Melayu berhasrat menubuhkan Yayasan Paduka Ratu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bermatlamat menggerakkan pelbagai aktiviti bersama masyarakat sambil beramal, ikon busana Melayu, Shazlina Shahrani atau lebih dikenali dengan gelaran Paduka Ratu kini menggunakan platform 'Kelab Saing PadukaRatu' memastikan hasrat menyumbang kepada kebajikan pihak memerlukan, terlaksana.

Shazlina berkata, Kelab Saing PadukaRatu yang baru ditubuhkan kini telah mengumpulkan 150 ahli yang akan dibawa terlibat dalam sebarang aktiviti yang mampu dikembangkan kepada usaha kebajikan.

Menurutnya, untuk peringkat awal kelab berkenaan berfungsi sebagai 'Fan Club' rasmi dan akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebahagian ahli kelab yang terlibat menonton Teater Bangsawan Zhad Si Anak Yatim baru-baru ini.
Sebahagian ahli kelab yang terlibat menonton Teater Bangsawan Zhad Si Anak Yatim baru-baru ini.

"Banyak aktiviti yang dirangka bersama ahli kelab yang akan menjana dana bagi tujuan kebajikan. Untuk peringkat awal sasaran saya mahu mengumpulkan dana bagi sumbangan tangan robotic untuk kanak-kanak kudung dengan kerjasama sebuah syarikat pembekal alat berkenaan.

"Ini juga sebagai kesinambungan 'pejuangan' saya yang pernah memegang jawatan Pengerusi Biro Kebajikan Perkasa Malaysia. Namun apa yang saya mahu gerakkan ini tiada kaitan dengan parti politik," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui baru-baru ini.

Terdahulu berlangsung Majlis Pelancaran Kelab Saing PadukaRatu sempena aktiviti menonton teater Bangsawan Zhad Si Anak Yatim bersama ahli-ahli kelab berkenaan.

Tambah Shazlina, penubuhan kelab tersebut juga sebagai langkah awal mencapai hasratnya untuk menubuhkan Yayasan PadukaRatu demi kebajikan masyarakat yang benar-benar memerlukan.

Artikel Berkaitan:

"Untuk peringkat awal ini saya juga mengalu-alukan sokongan daripada masyarakat untuk bersama-sama menyumbang dalam usaha kebajikan ini agar lebih ramai yang dapat dibantu," katanya.