Ramai rakyat Thailand datang ke Malaysia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BANGKOK — Sejumlah 829,787 pelancong Thailand melawat Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2019.

Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata jumlah itu mencatatkan peningkatan 2.5 peratus berbanding 809,902 pada tempoh yang sama tahun lepas.

"Tahun lepas, 1.94 juta pelancong Thailand melawat negara kita di mana negara itu menduduki tempat ke-4 dalam menyumbang ketibaan pelancong ke Malaysia," katanya pada pelancaran "Visit Truly Asia Malaysia 2020" di Bangkok, Thailand pada Jumaat..

Jojie berkata pelancong Thailand mempunyai lebih banyak pilihan untuk melakukan perjalanan ke Malaysia sama ada melalui jalan raya, kereta api, laut dan udara.

"Sebagai contoh, kita berkongsi lapan laluan merentas sempadan, perkhidmatan rel dari sempadan Thailand ke Malaysia. Kita mempunyai banyak jadual penerbangan dari Thailand ke Malaysia.

“Ini berkat peningkatan kesalinghubungan udara pakej menarik oleh ejen pelancongan untuk mempromosikan Malaysia sebagai salah satu destinasi percutian keluarga utama Thailand," katanya.

Bersempena dengan kempen promosi Visit Asia Malaysia 2020 di Thailand, Pelancongan Malaysia melancarkan pakej khas 2,020 baht dengan kerjasama Tanjung Point Residences (Pulau Pinang) dan menjual pakej itu dalam masa empat hari di Pameran Pengembaraan Antarabangsa Thailand 2019 (TITF # 25).

Timbalan Pengarah Pelancongan Malaysia (Bangkok), Mazreena Mohd Yusof berkata sejumlah besar promosi 2020 pakej dibuat untuk kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020 sahaja.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata ia adalah usaha sama untuk menarik lebih ramai rakyat Thailand ke Malaysia.

"Malaysia berminat menarik lebih ramai pelancong Thailand melalui program insentif ini dan pembangunan produk pelancongan baru.

"Saya berharap usaha ini akan menggalakkan rakan perdagangan dan rakan-rakan kami dari media untuk terus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian pilihan," katanya. - Bernama