Gojek bukan sekadar bonceng motosikal

Di Jakarta, ia bukan menjadi satu isu besar apabila wanita menggunakan perkhidmatan Gojek yang ditunggangi ‘cowok’ (lelaki).
Di Jakarta, ia bukan menjadi satu isu besar apabila wanita menggunakan perkhidmatan Gojek yang ditunggangi ‘cowok’ (lelaki).
A
A
A

JAKARTA - Sebut sahaja apa yang anda mahu, semuanya ada di Gojek.

Diasaskan oleh Nadiem Makarim, 35, yang kini juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat rangkaian pengangkutan dan syarikat pemula niaga itu, Gojek adalah kebanggaan Indonesia, bukan hanya sekadar perkhidmatan pengangkutan penumpang menggunakan motosikal tetapi lebih dari itu!

Di Indonesia, bagi tiga bulan pertama 2019, aplikasi Gojek telah dimuat turun lebih daripada 142 juta kali, dengan lebih daripada dua juta rakan kongsi pemandu.

Pada 2018, Gojek juga mencatatkan lebih AS$9 bilion nilai transaksi kasar (GTV) di semua negara operasinya, dan menjadikannya kumpulan teknologi pengguna terbesar di Asia Tenggara berdasarkan GTV.

Gojek kini juga beroperasi di Singapura, Filipina, Thailland (dikenali sebagai GET) dan Vietnam (dikenali sebagai GoViet).

ARTIKEL BERKAITAN: Gojek: Penunggang, pembonceng mesti sama jantina

Ditubuhkan pada 2010, Gojek menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti GoRide (pengkhidmatan pengangkutan motosikal), GoCar (pengangkutan kereta seperti GrabCar), GoFood (penghantaran makanan), GoBlueBird (perkhidmatan teksi), GoBills (pembayaran bill semasa), GoMart (perkhidmatan pembelian barangan di supermarket), GoLaundry (perkhidmatan dobi), GoAuto (perkhidmatan membaiki kenderaan) dan banyak lagi.

Tiada perangkaan tepat berkaitan jumlah kemalangan motosikal Gojek di Jakarta, namun kemalangan motosikal berbanding kenderaan lain di Jakarta adalah tertinggi.
Tiada perangkaan tepat berkaitan jumlah kemalangan motosikal Gojek di Jakarta, namun kemalangan motosikal berbanding kenderaan lain di Jakarta adalah tertinggi.

Semua perkhidmatan itu menggunakan aplikasi dalam talian melibatkan dua juta rakan kongsi pemandu ketika ini (2 juta peluang pekerjaan sebagai pemandu Gojek untuk warga Indonesia).

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Rahman mencadang memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek, yang memicu pelbagai polemik.

Ia pastinya menjurus kepada soal keselamatan penumpang sebagai pembonceng motosikal itu tatkala peratusan kemalangan membabitkan motosikal di Malaysia membimbangkan.

Di Indonesia, Gojek turut bekerjasama bersama Kementerian Perhubungan mengadakan bengkel penunggangan selamat khusus untuk para rakan kongsi pemandunya.

Peraturan Menteri Perhubungan Nomor 118 Tahun 2018 juga menetapkan Angkutan Sewa Khusus (berasaskan aplikasi) wajib memberikan perlindungan insurans kepada penumpang dari risiko kemalangan.

Tiada perangkaan tepat berkaitan jumlah kemalangan motosikal Gojek di Jakarta, namun kemalangan motosikal berbanding kenderaan lain di Jakarta adalah tertinggi.

Pada 2018, lebih 5,400 kes kemalangan motosikal di Jakarta, melibatkan kematian seramai 524 orang.

Di Jakarta, amalan membonceng motosikal menggunakan perkhidmatan Gojek adalah perkara biasa di kota berpenghuni lebih 10 juta orang itu, yang kesesakan trafiknya tiga kali ganda berbanding Kuala Lumpur.

Setiap hari kelibat penumpang termasuk berbaju pejabat, bertali leher memakai suit hitam, pembonceng wanita yang ditunggang penunggang lelaki, adalah perkara rutin dan biasa.

Di Jakarta, ia bukan menjadi satu isu besar apabila wanita menggunakan perkhidmatan Gojek yang ditunggangi ‘cowok’ (lelaki).

"Ngak ada cinta-cinta pak kalau bawa penumpang wanita, saya kan mencari rejeki untuk keluarga," kata Asep Purwo, 27, yang sudah dua tahun bekerja sebagai pemandu motosikal Gojek. - Bernama