PM tak tunduk sentimen hantar Zakir Naik pulang

Abu Bakar Yahya
Abu Bakar Yahya
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menghantar pulang penceramah bebas, Dr Zakir Naik ke India bukti kerajaan tidak tunduk kepada desakan yang berasaskan sentimen yang tidak berasas pihak tertentu.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu, Abu Bakar Yahya berkata, pendirian terbaharu Perdana Menteri itu jelas memperlihatkan isu Zakir adalah berkaitan soal ilmiah dan akademik, bukannya soal ketegangan kaum sebagaimana yang didakwa.

"Tidak ada seorang pun boleh meletakkan hukum atau tindakan terhadap Zakir melainkan ianya dibuktikan melalui undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakir Naik kekal tinggal di Malaysia: Tun M

"Maka, keputusan Perdana Menteri itu adalah tepat sama sekali memandangkan Zakir tidak membuat sebarang masalah," katanya di sini hari ini.

Abu Bakar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang menegaskan bahawa beliau tetap dengan pendiriannya bahawa Zakir tidak akan dihantar pulang ke India.

Awal bulan lalu, Dr Mahathir memutuskan kerajaan tidak akan menghantar pulang penceramah bebas itu ke India sekiranya beliau tidak membuat sebarang masalah.

Malah, Zakir menurut Perdana Menteri sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini.

Artikel Berkaitan: