Komited jadikan Malaysia bebas rasuah, berintegriti

Peserta Program CTT bertajuk ‘Integrity & Governance, The Implementation Of The National Anti-Corruption Plan and The Corporate Liability Clause di Menara SSM, Kuala Lumpur hari ini.
Peserta Program CTT bertajuk ‘Integrity & Governance, The Implementation Of The National Anti-Corruption Plan and The Corporate Liability Clause di Menara SSM, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (Integriti) menganjurkan Program Corporate Tea Talk (CTT) bertajuk ‘Integrity & Governance, The Implementation Of The National Anti-Corruption Plan and The Corporate Liability Clause di Auditorium Tun Dr Siti Hasmah, Menara SSM di sini hari ini.

SSM dalam satu kenyataan berkata, selaku sebuah agensi yang tersenarai sebagai peneraju bagi Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP), pihaknya sentiasa komited dalam merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia bebas rasuah dan berintegriti.

“Program CTT ini mencerminkan komitmen SSM untuk menyahut seruan kerajaan dan bersedia menjalinkan kerjasama dengan agensi peneraju yang lain bagi merealisasikan hasrat ini.

“Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan pelaksanaan NACP kepada pegawai-pegawai syarikat yang berdaftar dengan SSM serta memberi kesedaran kepada mereka untuk membangunkan Organisation Anti-Corruption Plan (OACP) dengan dibantu oleh Pusat Governans Integriti dan Antirasuah (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Integriti,” katanya.

Menurut SSM, lebih 300 peserta termasuk setiausaha, pengarah syarikat, ketua-ketua agensi dan persatuan akan menghadiri program yang dijangka dirasmikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM, Nor Azimah Abdul Aziz.

Mengikut rekod, sehingga 31 Julai lalu, terdapat sebanyak 2,626,176 entiti perniagaan yang aktif di Malaysia dengan pecahan jenis entiti perniagaan sebanyak 1,911,170, entiti syarikat sebanyak 695,127 dan entiti perkongsian liabiliti terhad (PLT) sebanyak 19,879. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 214,685 entiti perniagaan dilaporkan menjalankan perniagaan atas talian.

Selain itu, orang ramai boleh memeriksa status sesebuah entiti perniagaan di Malaysia melalui laman web SSM iaitu e-info di pautan https://www.ssm-einfo.my/ dan MyData di pautan https://www.mydata-ssm.com.my/homePage

“Untuk maklumat mengenai SSM dan akta-akta yang dikawal selia oleh SSM, sila hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-2299440,” menurut kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: