Penganjur himpunan di Brickfields ditahan polis

Penganjur himpunan Bantah Tulisan Jawi di Brickfields di sini ditahan polis untuk diambil keterangan.
Penganjur himpunan Bantah Tulisan Jawi di Brickfields di sini ditahan polis untuk diambil keterangan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penganjur himpunan Bantah Tulisan Jawi di Brickfields di sini ditahan polis untuk diambil keterangan.

Menurut lelaki terbabit, dia secara sukarela mahu memberi kerjasama kepada polis.

"Terima kasih PDRM (Polis Diraja Malaysia), kita akan beri kerjasama," katanya sebelum dibawa menerusi kenderaan rasmi polis.

Masyarakat India berkumpul di Brickfields hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan tulisan Jawi tulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun depan di sekolah vernakular.

Penganjur himpunan Bantah Tulisan Jawi di Brickfields di sini ditahan polis untuk diambil keterangan.
Penganjur himpunan Bantah Tulisan Jawi di Brickfields di sini ditahan polis untuk diambil keterangan.

Mereka memakai pakaian serba hitam dan membawa poster yang tertulis kami tidak setuju pelaksanaan tulisan jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan SJK Cina.

Setakat ini, himpunan bantahan itu berlangsung dengan aman dan kelihatan pihak polis mengawal keadaan.

Terdahulu tular satu mesej mengatakan berlaku situasi tidak menyenangkan di kawasan Little India, Brickfields pada 23 dan 24 Ogos 2019.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun polis menafikan mesej yang tular tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Masyarakat India berkumpul bantah tulisan jawi di Brickfields