Masyarakat India berkumpul bantah tulisan jawi di Brickfields

A
A
A

KUALA LUMPUR - Masyarakat India berkumpul di Brickfields hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun depan di sekolah vernakular.

Mereka memakai pakaian serba hitam dan membawa poster yang tertulis 'Kami tidak setuju pelaksanaan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan SJK Cina'.

Setakat ini, himpunan bantahan itu berlangsung dengan aman dan kelihatan pihak polis mengawal keadaan.

Setakat ini, himpunan bantahan itu berlangsung dengan aman dan kelihatan pihak polis mengawal keadaan.
Setakat ini, himpunan bantahan itu berlangsung dengan aman dan kelihatan pihak polis mengawal keadaan.

Sebelum ini, tular satu mesej mengatakan berlaku situasi tidak menyenangkan di kawasan Little India, Brickfields pada 23 dan 24 Ogos 2019.

Mesej itu turut menggesa orang ramai tidak melalui kawasan tersebut sebagai langkah keselamatan.

Bagaimanapun polis menafikan mesej yang tular tersebut.

Terdahulu, pihak polis juga menerima notis permakluman daripada penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung hasrat mengadakan satu perhimpunan Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians dan Other Races pada 24 Ogos (Sabtu) jam 2 petang di Water Fountain Little India, Brickfields.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, notis yang dikemukakan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang, malah polis menasihati orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN Polis nafi berlaku rusuhan di Brickfields