Anggun berhijab dengan Starbucks X Naelofar

UNIK. Starbucks x Naelofar diletakkan di dalam bekas air yang diinspirasi daripada minuman Starbucks Frappucino.
A
A

KEANGGUNAN, kegigihan dan kepintaran yang dimiliki figura bernama Noor Neelofa Mohd Noor atau nama pentasnya, Neelofa sentiasa menjadi sumber inspirasi dalam kalangan wanita.

Penampilannya yang stailo bersama variasi lilitan hijab membuatkan pelakon dan usahawan jenama tudung Naelofar itu antara ikon Muslimah yang menjadi ikutan ramai.

Justeru, bukan perkara mengejutkan apabila sebahagian besar wanita khususnya golongan remaja dan wanita muda ingin tampak cantik persis Neelofa yang kini berusia 30 tahun.

Bagi merealisasikan impian tersebut, Starbucks Malaysia (Starbucks) dan Naelofar berkolaboratif memperkenalkan Starbucks x Naelofar bermula pada 5 Ogos lalu.

Koleksi tudung eksklusif tersebut hadir dalam nuansa coklat, kuning air (beige) lembut dan hijau pastel. Ia diinspirasi daripada warna minuman Starbucks Frappucino seperti Chocolate, Caramel dan Green Tea.

Menariknya, tudung-tudung itu diletakkan di dalam replika bekas air Starbucks bagi menyuntik kelainan. Selain digayakan, koleksi Starbucks x Naelofar yang berharga RM75 sehelai juga boleh dijadikan hadiah kepada insan tersayang.

Bertambah istimewa, RM1 daripada setiap pembelian koleksi tudung Starbucks x Naelofar akan disumbangkan kepada badan amal pilihan Neelofa sendiri. Untuk maklumat lanjut layari www.starbucks.com.my.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia