Clinelle terus jadi pilihan selepas lebih sedekad

Perkenal Set Kecantikan Edisi Terhad sebagai tanda penghargaan

RODERICK (dua dari kanan) dan Corina (kanan) bergambar bersama barisan Instafamous pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Clinelle Ke-15 di Petaling Jaya baru-baru ini.
RODERICK (dua dari kanan) dan Corina (kanan) bergambar bersama barisan Instafamous pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Clinelle Ke-15 di Petaling Jaya baru-baru ini.
A
A
A

PRODUK penjagaan wajah Clinelle berasal daripada dua perkataan iaitu clinical dan elle bermaksud cerah telah menyambut ulang tahun yang ke-15 pada bulan ini.

Sejak dilancarkan pada tahun 2004, jenama tersebut terus komited dalam menghasilkan variasi produk tanpa mengandungi 1,600 bahan bahaya yang boleh menyebabkan kulit wajah mengalami kerengsaan, penuaan dan kusam.

Pengarah Urusan Kumpulan Ethetics International Group Berhad (EIG) Pharma Asia, Roderick Chieng berkata, pihaknya berpegang pada prinsip kecantikan sejati datang daripada wajah ceria dan kulit yang sihat.

"Clinelle menerapkan warisan dermatologi yang terbaik. Semua produk Clinelle juga hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang berkesan untuk melindungi kulit.

"Ia diformulasi 100 peratus tanpa bahan berbahaya dan diuji secara dermatologi serta selamat digunakan waima pada kulit wajah sensitif," katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Clinelle Ke-15 di Terminal Skypark Subang, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Kanan Ethetics International EIG Pharma Asia, Corina Lee.

Mengulas lanjut, beliau berkata, produk Clinelle turut bertindak melalui RX3 Actions iaitu repair (merawat), refine (membaiki) dan reshield (melindungi) bagi mencapai kesan terbaik untuk tempoh masa panjang.

Justeru, sempena sambutan ulang tahun Clinelle yang ke-15, jenama tersebut memperkenalkan Set Kecantikan Edisi Terhad sebagai tanda penghargaan buat para pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Setiap set yang mengandungi satu produk dan dilengkapi alat kecantikan berkenaan membantu memudahkan rejimen harian penjagaan kulit wajah selain meningkatkan penghidratan, menganjal dan mencerah kulit termasuk mengurangkan lingkaran gelap serta kedutan bawah mata.

Set Kecantikan Edisi Terhad Clinelle terdiri daripada:

- Boost Your Moisture (Serum PureSWISS HydraCalm + alat mengurut wajah)

- Bloom Your Radiance (Serum Pencerah WhitenUp + roller wajah 3D)

- Sparkle Your Eyes (Serum Mata CaviarGold + alat mengurur terapi mata)

- Embrace Your Youth (Esen Keremajaan Age Revive + alat membentuk wajah V)

- Capture Your Youth (Krim Pelembap Age Revive + alat penegang wajah)