Rambut cantik bersama bunga

BUNGA-BUNGAAN membantu merawat masalah rambut yang kronik.
BUNGA-BUNGAAN membantu merawat masalah rambut yang kronik.
A
A
A

TIDAK keterlaluan menyifatkan sebahagian besar daripada wanita lebih cenderung membelanjakan sejumlah wang menjalani rawatan rambut di salun.

Lazimnya, mereka berpendapat penggunaan produk moden dan alatan teknologi tinggi membantu masalah rambut seperti rambut gugur, berminyak ataupun kelemumur.

Bagaimanapun, ramai yang terlupa bahawa sebelum munculnya kepelbagaian produk rambut di pasaran, golongan wanita zaman dahulu mencantikkan helaian rambut hanya menggunakan ramuan semula jadi. Antaranya ialah:

Daun sireh

Khas buat wanita bertudung yang buntu mencari penyelesaian rambut gugur, daun sirih antara penyelesaian terbaik.

Ambil antara tiga hingga lima keping daun sirih dan giling bersama minyak kelapa.

Selepas itu, sapu pes sirih tersebut pada bahagian kulit kepala dan biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas dengan bersih.

Daun bunga raya

Daun bunga kebangsaan Malaysia ini mempunyai khasiat tersendiri yang bertindak melebat dan mencantikkan helaian rambut.

Artikel Berkaitan:

Sebelum tidur, letakkan beberapa daun bunga raya ke dalam bekas berisi air.

Ramas daun berkenaan sehingga ia mengeluarkan lendir lalu disapu pada bahagian kepala dan rambut.

Pada keesokkan paginya, bilas dan keringkan rambut anda.

Bunga telang

Di negeri pantai Timur, bunga telang lazimnya menjadi 'perwarna biru' dalam hidangan nasi kerabu.

Namun begitu, tahukah anda selain dijadikan bahan masakan dan membantu mengurangkan stres kerana kandungan flavonoid dan antosianin, bunga itu juga digunakan untuk rawatan rambut.

Kandungan anthocyanin di dalamnya membantu menguatkan folikel rambut, sekali gus melancarkan aliran darah kulit kepala.

Selain itu, bunga telang juga membantu mengatasi masalah rambut gugur dan botak.