Tip elak masalah sembelit dalam kalangan warga emas

FAKTOR usia salah satu penyebab sembelit kalangan warga emas.
A
A

PERNAHKAH ibu ayah anda mengadu sukar untuk membuang air besar? Masalah itu berlaku kerana mereka mengalami gangguan penghadaman atau sembelit.

Sembelit ialah kesukaran sistem 'pembuangan' berkait akibat jarang buang air besar, najis menjadi keras dan tidak lawas setelah buang air besar.

Terdapat kira-kira 24 hingga 37 peratus warga emas mengalami sembelit dan 60 peratus menggunakan julap untuk memudahkan mereka membuang air besar.

Kenapa baru sekarang warga emas menghadapi masalah sembelit?

Ia berlaku kerana:

- Perubahan berkaitan faktor usia

- Kurang pergerakan

- Makanan kurang serat

- Penyalahgunaan julap

- Dehidrasi - kurang air

- Hypothyroidism

- Diabetic nephropathy

- Penyakit Parkinson

- Pengambilan ubat-ubatan seperti penahan sakit, ubat batuk, ubat kemurungan dan ubat alahan

- Ketumbuhan usus besar

- Kesakitan bahagian dubur

- Sukar untuk ke tandas dan tiada privasi.

Untuk mengenal pasti masalah sembelit yang dialami oleh warga emas seperti mereka perlu meneran ketika membuang air besar, najis yang keluar bersaiz kecil dan keras, mengadu sakit perut, loya dan tiada selera makan.

Rawatan yang boleh diberikan seperti:

- Ubah gaya hidup (cara pemakanan dan gaya hidup)

- Ambil makanan mengandungi serat yang tinggi seperti bran (sekam bijirin) dan bijirin penuh, sayur-sayuran dan kekacang.

- Ambil banyak buah prun, tembikai dan karbohidrat kompleks.

- Ambil air dan cecair yang mencukupi.

- Bersenam selalu untuk meningkatkan pergerakan seterusnya menggalakkan pembuangan air besar dan menguatkan otot perut.

- Gunakan julap berhati-hati. Hanya gunakan jika perubahan makanan dan gaya hidup tidak berkesan.

- Pelembut najis boleh digunakan tetapi kurang berkesan untuk melawaskan najis

- Enema digunakan apabila terdapat najis tersumbat.

- Pengeluaran najis menggunakan jari mungkin perlu untuk mengeluarkan najis yang membatu.

Langkah pencegahan:

- Selalu bersenam terutamanya berjalan kaki.

- Biasakan tabiat buang air yang baik seperti terus ke tandas apabila ada rasa hendak buang air besar.

- Ambil makanan kental seperti kentang, pisang, bunga kobis, kacang pis, kobis, salad, epal dan lobak merah.

- Ambil banyak buah-buahan sama ada segar atau yang dikeringkan. Sesetengah buah-buahan seperti prun dan aprikot mempunyai kesan julap.

- Minum cecair yang banyak seperti air biasa dan air buah.

- Elakkan menggunakan julap berpanjangan.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my