Isu UEC harus diselesaikan degan cara terbaik: Saifuddin Abdullah

Saifuddin turut mengibarkan Jalur Gemilang bersama pelajar sekolah ketika mengadakan lawatannya di Sekolah Menengah Chong Hwa di sini hari ini.
Saifuddin turut mengibarkan Jalur Gemilang bersama pelajar sekolah ketika mengadakan lawatannya di Sekolah Menengah Chong Hwa di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) harus diselesaikan dengan cara yang terbaik supaya sijil tersebut dapat diiktiraf di negara ini seperti yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, isu tersebut perlukan rundingan antara semua pihak yang terlibat agar penyelesaian positif dapat dicapai dalam usaha mengiktiraf UEC.

“Secara peribadi sejak dahulu lagi saya percaya kita harus mengiktiraf UEC di samping perkara ini telah pun dijanjikan dalam manifesto PH yang kita akan mengiktiraf peperiksaan tersebut.

“Dunia telah berubah dan ibu bapa serta pelajar mereka mempunyai pilihan untuk memilih sijil peperiksaan mana yang mereka mahukan.

"Saya harap perkara ini boleh dirundingkan dengan baik. Saya yakin ia boleh diselesaikan dengan baik antara semua pihak,” katanya kepada media ketika ditemui pada lawatannya di Sekolah Menengah Chong Hwa di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang dan ADUN Semambu, Lee Chean Chung.

Ditanya mengenai keputusan Kabinet membenarkan Lynas kilang memproses nadir bumi Lynas Corporation Ltd (Lynas) di Gebeng dekat sini terus melaksanakan operasinya, beliau yang juga merupakan Menteri Luar berkata, beliau mengikut keputusan yang diputuskan oleh Kabinet.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin PH tandatangan aku janji batal Lynas perlu tunai janji

Menurutnya, walaupun mendapat tentangan daripada pemimpin PH namun keputusan yang dikeluarkan oleh Kabinet itu dilakukan berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

“Rakyat Malaysia ramai bekerja di sana dan kabinet telah pun buat keputusan dan keputusan itu telah dibuat berdasarkan pertimbangan yang saksama yang juga merujuk dapatan-dapatan yang saintifik.

“Saya faham ada perbezaan pendapatan termasuk teman-teman saya dalam parti saya juga tetapi sebagai dalam satu pasukan, saya berpegang dengan kepada keputusan yang telah dibuat oleh kabinet,” katanya.