Serangan militan: Sri Lanka tarik balik darurat

 Pegawai polis Sri Lanka memeriksa tapak letupan di Hotel Shangri-La dalam serangan pada April lalu.
Pegawai polis Sri Lanka memeriksa tapak letupan di Hotel Shangri-La dalam serangan pada April lalu.
A
A
A

COLOMBO - Sri Lanka menarik balik perintah darurat selama empat bulan ekoran serangan bunuh diri oleh militan yang meragut 258 nyawa pada hari Easter, kata pegawai semalam.

Presiden Maithripala Sirisena telah melanjutkan tempoh darurat pada minggu keempat setiap bulan sejak serangan menyasarkan tiga buah hotel dan gereja pada 21 April lalu.

"Presiden tidak mengeluarkan arahan baharu untuk melanjutkan tempoh darurat yang memberi lampu hijau kepada polis dan pasukan keselamatan untuk menangkap dan menahan suspek untuk jangka masa panjang," menurut sumber rasmi.

Kerajaan mengetatkan kawalan keselamatan sepanjang tempoh darurat dengan memburu saki-baki anggota militan tempatan yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Polis berkata, kesemua suspek yang terlibat secara langsung dalam serangan April lalu sama ada telah dibunuh atau telah ditangkap. - AFP

Artikel Berkaitan: