PATI berkampung dalam hutan

Antara warga asing yang ditahan dalam Op Sapu di kawasan perkampungan haram di Segambut Dalam, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Antara warga asing yang ditahan dalam Op Sapu di kawasan perkampungan haram di Segambut Dalam, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah perkampungan haram warga asing di kawasan hutan di Segambut Dalam, di sini digempur pihak berkuasa dalam Op Sapu awal pagi tadi.

Ketua Unit Aduan Risikan Operasi, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sharulnizam Ismail berkata, serbuan bermula kira-kira jam 1.30 pagi itu melibatkan penahanan 80 pendatang tanpa izin (PATI) hasil pemeriksaan terhadap 117 orang.

Menurutnya, tangkapan terdiri daripada 70 lelaki dan 10 wanita berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun.

“Semakan mendapati tangkapan tersebut terdiri daripada 42 warga Bangladesh, Indonesia (47) dan Vietnam (1).

"Antara kesalahan utama yang dikesan adalah tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen sah," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi kira-kira jam 4 pagi, di sini hari ini.

Antara warga asing yang ditahan dalam Op Sapu di kawasan perkampungan haram di Segambut Dalam, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Antara warga asing yang ditahan dalam Op Sapu di kawasan perkampungan haram di Segambut Dalam, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Mohd Sharulnizam berkata, penempatan diduduki PATI terbabit dipercayai dibina sejak tiga tahun lalu.

Katanya, kediaman sebanyak 50 pintu yang lengkap dengan kemudahan air dan elektrik itu dibuat daripada papan dan zink, manakala majikan kepada PATI tersebut turut menyediakan rumah kontena buat mereka.

Artikel Berkaitan:

Malah, terdapat juga surau dan kantin dibina oleh mereka selain dipercayai turut terdapat aktiviti sabung ayam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) C akta yang sama," katanya.