Bekalan air Melaka mencukupi: Adly

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

ALOR GAJAH - Kerajaan Melaka merangka pelan kontingensi bagi memastikan bekalan air bersih kepada rakyat tidak mengalami sebarang catuan air.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, inisiatif dilakukan itu termasuklah proses mengepam air Sungai Muar melalui Rumah Pam Air Grisek sebanyak satu peratus sehari masih diteruska,n dalam masa sama berharap jumlah yang air dipam mengalami pertambahan.

Menurutnya, walaupun Empangan Air Durian Tunggal mencatat kadar 36 peratus manakala Empangan Air Jus 53 peratus, namun rakyat tidak perlu panik kerana sekiranya keadaan terdesak, kerajaan negeri juga boleh mendapatkan bekalan air bersih dari Negeri Sembilan agar catuan tidak berlaku demi keperluan rakyat.

"Kita tidak mengambil mudah mengenai bekalan air bersih kerana kita ada pelan perancangan-perancangan supaya bekalan air sentiasa mencukupi biarpun dalam keadaan sekarang ini.

"Faktor cuaca juga membantu kita, namun usaha tetap dilakukan agar kadar empangan sedia ada melepasi kadar 50 peratus," katanya.

Adly berkata demikian selepas membuat lawatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jalaini Khamis dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Zamzuri Ariffin.

Adly berkata, bermula tahun depan juga, Empangan Durian Tunggal akan menerima air dari Sungai Chinchin, Merlimau sebagai salah satu solusi untuk meningkatkan kadar air di empangan terutama pada musim kemarau.

Artikel Berkaitan:

"Selain dua perjanjian air bersih di antara Johor dan Negeri Sembilan, Badan Kawal Selia Air Melaka juga akan melihat situasi sesuai untuk melakukan pembenihan awan," katanya.