Remaja tiada lesen langgar mati penunggang motosikal

Keadaan motosikal dan kereta terbabit nahas, hari ini.
Keadaan motosikal dan kereta terbabit nahas, hari ini.
A
A
A

BIDOR - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang dilanggar seorang remaja yang memandu kereta tanpa lesen di Jalan Pekan Pasir (Alternatif Bidor - Teluk Intan) di sini, hari ini.

Kejadian jam 3.25 petang itu menyebabkan Lim Kuan Yew, 45, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, remaja berusia 18 tahun yang memandu kereta jenis Proton ketika kejadian dalam perjalanan ke arah Teluk Intan.

"Tiba di tempat kejadian, pemandu kereta terbabit melanggar mangsa yang keluar daripada simpang di sebelah kiri dan pelanggaran menyebabkan penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat sementara siasatan lanjut mendapati remaja berkenaan tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: