Ketahui jangka hayat komputer kita

PENJAGAAN komputer peribadi cukup penting untuk tahan lebih lama.
PENJAGAAN komputer peribadi cukup penting untuk tahan lebih lama.
A
A
A

SEBENARNYA jangka hayat komputer riba peribadi anda boleh dipanjangkan jika mengamalkan kaedah penggunaan yang betul. Berikut tip yang dikongsikan untuk anda:

1. Peka suhu

Selalunya komputer riba akan cepat panas jika digunakan untuk menonton filem, mengedit video atau bermain permainan dalam talian dalam tempoh yang lama. Komputer riba berbeza dengan PC kerana tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Jadi pastikan komputer riba diletakkan di permukaan rata seperti meja supaya kipas dapat berfungsi dengan lancar selain menggunakan perisian yang sesuai untuk tujuan itu.

2.Papan kekunci tahan lasak

Pemilihan papan kekunci yang tahan lasak dan khas boleh menjadikan jangka hayat perkakas itu lebih lama kerana kerap digunakan untuk menaip, melayari Internet, bermain game dan mengedit bahan video. Jadi tidak salah untuk melabur sedikit wang membeli papan kekunci dan tetikus tanpa wayar untuk jangka masa panjang.

3.Lebih berhati-hati

Komputer riba sangat fragile dan mudah rosak di bahagian cakera keras jika terjatuh. Kos bukan murah untuk menggantikan yang baharu, jadi pastikan simpanan komputer peribadi di tempat selamat selain memakai sarung anti calar dan tahan lasak.

4. Skrin LCD

Artikel Berkaitan:

Teknologi penciptaan komputer semakin berkembang dengan pelbagai inovasi skrin LCD yang cukup sensitif dengan sentuhan. Jika LCD komputer peribadi anda sejenis skrin sesentuh tiada masalah. Elakkan sentuhan keterlaluan pada skrin bagi mengelakkan kerosakan dan hanya menggunakan bahan pembersih khas untuk mengelap skrin anda.

5. Kemas kini perisian anti virus

Satu lagi tip penting adalah mengemaskinikan perisian penting seperti anti virus. Tidak dinafikan banyak perisian anti virus percuma dalam talian tetapi lebih baik jika laburkan sedikit wang untuk membeli nati virus premium demi menjadi fail penting selain mengelakkan menjadi mangsa godam.

6. Bateri

Suhu terlalu panas bukan sahaja menjejaskan komponen dalam komputer peribadi anda bahkan boleh merosakkan bateri. Elakkan guna komputer jika suhu terlalu panas dan jangan caj bateri seharian. Namun banyak pengeluar komputer masa kini seperti Lenovo yang menetapkan perisian mod tertentu untuk membantu meminimumkan penggunaan bateri.