Gubal akta khusus untuk Jalur Gemilang

Abdul Aziz pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Abdul Aziz pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - "Saya tidak menyalahkan wartawan mahupun media, mereka ada cara sendiri untuk menjual surat khabar mereka tetapi sikap saya terima dari golongan ekstremis kanan hentam saya dan DAP tak masuk akal.

Itu ulasan Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari selepas menerima kecaman daripada rakyat ekoran kenyataan beliau bahawa tiada undang-undang menyatakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu kesalahan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Jangan panaskan yang sedia ada panas sekarang']

Abdul Aziz yang juga ADUN Tebing Tinggi berkata, ekoran kekeliruan dan kecaman yang berbangkit daripada kenyataannya mengenai isu tersebut, pihaknya mencadangkan agar beberapa langkah tertentu diambil oleh Kerajaan Perseketuan bagi menjernihkan keadaan.

"Saya mencadangkan agar pihak kerajaan mengubal akta khusus untuk Jalur Gemilang dan semua bendera negeri serta Persekutuan bagi mengelakkan isu-isu remeh terus dibangkitkan oleh pihak tertentu untuk mempolitikkan isu tersebut.

"Akta yang dicadangkan itu perlu untuk menjelaskan bentuk, warna dan cara memasang Jalur Gemilang di mana ia juga perlu menyenaraikan tindakan-tindakan yang dianggap menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz lagi, perkara sama juga perlu dilaksanakan bagi bendera negeri-negeri di bawah Persekutuan.

"Bagaimanapun, oleh kerana perkara ini melibatkan kedudukan dan hak negeri, adalah dicadangkan supaya perkara ini dibawa kepada perhatian Majlis Raja-Raja.

Artikel Berkaitan:

"Semoga dengan adanya undang-undang yang jelas ini, tindakan emosional dan tidak masuk akal yang berlaku selama ini dapat dihentikan untuk menyelamatkan masa dan sumber pihak polis dari terus diganggu oleh laporan yang bukan-bukan," katanya.