Nelayan tempatan ditahan tangkap ikan dalam kawasan larangan

Nelayan tempatan bersama bot digunakan ditahan selepas dikesan menangkap ikan dalam kawasan tidak dibenarkan.
A
A

KUANTAN - Seorang nelayan tempatan bersama bot digunakan ditahan kerana dikesan menangkap ikan dalam kawasan yang tidak dibenarkan iaitu kurang dari satu batu nautika dari pantai di kawasan perairan Kampung Serandu Pantai, Pekan, pagi semalam.

Kesalahan dilakukan nelayan berusia 67 tahun itu dikesan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga pada Operasi Gelora Bersepadu bersama Jabatan Perikanan Pahang.

Nelayan terbabit yang menggunakan bot nelayan kelas A dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan pada kedudukan 0.3 batu nautika dari pantai berkenaan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhamad Said berkata, tindakan nelayan terbabit menjalankan aktiviti menangkap ikan di jarak kawasan yang tidak dibenarkan adalah satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat lesen penangkapan ikan yang dibenarkan.

Kesalahan dilakukan nelayan berusia 67 tahun itu dikesan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga pada Operasi Gelora Bersepadu bersama Jabatan Perikanan Pahang.
Kesalahan dilakukan nelayan berusia 67 tahun itu dikesan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga pada Operasi Gelora Bersepadu bersama Jabatan Perikanan Pahang.

Menurutnya, nelayan terbabit bersama botnya ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut.

"Pihak kami sedia maklum berkaitan keluhan nelayan tradisional yang kerugian ratusan atau ribuan ringgit akibat kerosakan bubu dan pukat yang dipasang di persisir pantai.

"Justeru Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga bersama agensi-agensi berkaitan khususnya Jabatan Perikanan negeri Pahang akan terus meningkatkan kolaborasi mempergiatkan penguatkuasaan di perairan," katanya.

Norzaid berkata, usaha itu termasuk bagi mengekang aktiviti nelayan yang menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan atau dalam istilah nelayan, kegiatan 'tarik tepi'.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia